Wednesday, December 17, 2008

SIAPALAH DIRI KU DIHADAPAN MU..OH TUHAN

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU

Allahuakbar, Allahuakbar

Allahuakbar, Allahuakbar



Subuhnya

di mana aku berada

masih enak dalam kelambu rindu

sambil berpoya-poya dengan waktu

masa bagaikan menderu

langkah tiada arah tuju

fikiran terus bercelaru

terlupa aku semakin di hujung waktu

siapa aku di depan Tuhan ku.



Zohornya

aku lebih memikirkan kelaparan

kehausan dan rehatku

aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku

aku bertolak ansur dengan waktu

aku gan

aku terlupa betapa besar kerugian

jika aku mengadaikan sebuah ketaatan

siapa aku di depan Tuhan ku.



Asarnya

aku lupa warna masa

cepat berubah bagaikan ditolak-tolak

aku masih dengan secawan kopiku

terlupa panas tidak di hujung kepala

aku masih bercerita

tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka

siapa aku di depan Tuhan ku



Maghribnya

aku melihat warna malam

tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya

mencari sisa-sisa keseronokan

tidak terasa ruang masa yang singkat

jalan yang bertongkat-tongkat

ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku.



Isyaknya

kerana masanya yang panjang

aku membiarkan penat menghimpit dadaku

aku membiarkan kelesuan mengangguku

aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku

siapa aku di depan Tuhan ku.



kini aku menjadi tertanya-tanya

sampai bila aku akan melambatkan sujudku

apabila azan berkumandang lagi

aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.

wassalam

0 comments: